Info dari Kosmo online
KUALA LUMPUR - Seorang kakitangan syarikat perisian komputer maut selepas digilis dan diseret kira-kira dua kilometer oleh sebuah treler di Kilometer 1.9 Lebuh Raya Duta-Hulu Klang (DUKE) di sini semalam.
Mangsa, Haslihan Abdul Hadi, 34, yang menunggang motosikal jenis Kawasaki Ninja 250 itu dipercayai terbabas sebelum jatuh di jalan raya.
Menurut jurucakap polis, kejadian berlaku pada pukul 3.15 petang dan mangsa dalam perjalanan dari Hulu Klang menuju ke Gombak.
"Pada masa sama, sebuah treler yang dipercayai datang dari arah belakang gagal mengelak dan merempuh mangsa," katanya ketika ditemui.
Haslihan bersama motosikalnya dikatakan terseret di lorong tengah lebuh raya sementara pemandu treler yang melanggarnya terus meninggalkan mangsa selepas kejadian.
Mangsa yang terperosok di bawah motosikal meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian muka dan kepala.
"Kemalangan itu menyebabkan kepala mangsa pecah dan mukanya hancur. Kami terpaksa mengutip serpihan otak dan daging mangsa yang hancur atas jalan," katanya.
Mangsa merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Alam Shah di sini dan berasal dari Klang itu telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
Gambar kenangan bersama arwah semasa di majlis hari lahir saya pada tahun 2004..
Arwah dulu pernah bekerja sementara di DiGi sekitar tahun 2003 kalau tak silap.. seorang sahabat yang baik & agak pendiam sebenarnya... Last kita org berhubung masa tu dia menjemput ke majlis perkahwinannya & lepas tu terus lost contact.. Apa2 pun salam takziah buat isteri arwah..semoga tabah & redha kerana pemergian suami tersayang... doa saya semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.. Al Fatihah..
5 das komen uall!:
saya tengok berita nie.
ngeri ok dorang kutip2 serpihan tu. Dan memang kesihan lah!!!
Alfatihah buat arwah.
alfatihah buat kawan ko...
apa2 pun gambar uols dizaman itew meletops ok...
ceera : huhu.. akk pun dok terleka tgk polis tu kutip2 serpihan daging & otak tu.. tetiba lepas tu tunjuk gambar ic arwah.. trus akk terduduk.. mmg teperanjat sngt...
ddlea : meletop la sangattt.. rupa org tak siap jek.. sbb time tu dah penat sngt hehe..
Dia yang lebih disayangi..al fatihah. hot mama apa khabar lama akak tak dengar cite???
kak paty : sihat jek.. tu la.. kita td baru jek skodeng yogurt souffles kt blog akak tu.. rasa mcm nak buat! sbb nampak sedap jekk.. hehe
Post a Comment